SMK PULAU TAWAR
27050 JERANTUT, PAHANG
Thursday, May 20, 2010
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
Pada 19 Mei 2010 yang lalu, satu acara Sambutan Hari Guru diikuti dengan Sambutan Hari Pekerja telah dijalankan di Smk Pulau Tawar. Acara bermula dengan upacara perutusan dari wakil pelajar, wakil pekerja dan diakhiri dengan ucapan Tuan Pengetua. Pada hari berkenaan pelbagai acara menarik telah disediakan. Antaranya ialah nyanyian Hari Guru oleh para guru serta pelbagai acara menarik yang telah dipersembahkan oleh para pelajar. Acara berakhir dengan penyampaian hadiah para pelajar kepada guru-guru
Thursday, March 11, 2010
PROFIL SEKOLAH
Sebarang maklumat dan pertanyaan bolehlah menghubungi pihak sekolah di:
SMK PULAU TAWAR
27050 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR..
No telefon:09-2671171
No faks: 09-2671171
emel:cea2029@yahoo.com
website sekolah:http://www.smkptawar.webs.com
atau blog sekolah http://literasikomputersmkpt.blogspot.com
SMK PULAU TAWAR
27050 JERANTUT
PAHANG DARUL MAKMUR..
No telefon:09-2671171
No faks: 09-2671171
emel:cea2029@yahoo.com
website sekolah:http://www.smkptawar.webs.com
atau blog sekolah http://literasikomputersmkpt.blogspot.com
Wednesday, March 3, 2010
PANORAMA SMKPT
Inilah panorama di SMK Pulau Tawar yang terletak kira-kira 2 km dari Makam Pahlawan iaitu ‘Mat Kilau’ yang sememangnya terkenal dan berasal di Pulau Tawar Jerantut. SMK Pulau Tawar adalah terletak di kawasan kampung yang jaraknya kira-kira 30 km dari Bandar Jerantut. SMK Pulau Tawar memuatkan lebih kurang seramai 500 orang pelajar di bawah pimpinan 42 orang guru serta dibantu oleh 23 orang staff sokongan.
SMK PULAU TAWAR
VISI SEKOLAH
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR DAERAH JERANTUT MENJELANG 2011
MISI SEKOLAH
MENJANA USAHA KE ARAH PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH PELAJAR MELALUI SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PROFESSIONAL, MELAKSANAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH, PERSEPAKATAN YANG BERKESAN BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEMPURNA DAN CEMERLANG DARI ASPEK JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL
MENJADI SEKOLAH CEMERLANG LUAR BANDAR DAERAH JERANTUT MENJELANG 2011
MISI SEKOLAH
MENJANA USAHA KE ARAH PENCAPAIAN CEMERLANG DALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SAHSIAH PELAJAR MELALUI SISTEM PENDIDIKAN BERKUALITI DAN PROFESSIONAL, MELAKSANAKAN PEMBESTARIAN SEKOLAH, PERSEPAKATAN YANG BERKESAN BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG SEMPURNA DAN CEMERLANG DARI ASPEK JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEKTUAL
Monday, February 1, 2010
BENGKEL CELIK KOMPUTER
Pada 17/12/2009 yang lalu, satu ‘Bengkel Celik Komputer’ telah dijalankan di Makmal SMK Pulau Tawar Jerantut anjuran FS dengan kerjasama Guru Penyelaras ICT sekolah iaitu Encik Za Asmadi bin Ahmad. Sewaktu bengkel diadakan, seramai 6 orang peserta telah hadir untuk sama-sama menyertai bengkel yang telah dianjurkan. Peserta yang hadir adalah terdiri daripada masyarakat setempat sekitar SMK Pulau Tawar yang berada dalam lingkungan umur 40-50 tahun dan sebahagian besar daripada mereka tidak pandai menggunakan komputer. Pada hari berkenaan, sebelum bengkel dimulakan, setiap peserta telah dibekalkan dengan fail program serta beberapa helaian nota berkaitan dengan komputer. Berikut adalah aktiviti yang telah dijalankan oleh FS:
1. Para peserta telah diberikan pendedahan tentang pengenalan kepada komputer yang merangkumi konsep komputer, serta komponen komputer yang merangkumi 2 bahagian utama iaitu perisian dan perkakasan
2. Seterusnya, peserta telah diberikan penerangan tentang cara-cara penggunaan Microsoft Office
3. Bukan itu saja, FS turut menjelaskan tentang cara-cara mencari bahan-bahan di enjin carian dengan menggunakan Perisian Internet Explorer dengan memasuki ruangan YAHOO dan GOOGLE
4. Akhir sekali peserta dijelaskan dengan cara-cara untuk menutup komputer secara selamat
Alhamdulillah, biarpun sambutan dari peserta adalah kurang menggalakkan, tetapi kesemua peserta yang terlibat berpuas hati serta menyarankan agar ‘Bengkel Celik Komputer’ akan dijalankan dari semasa ke semasa dan ianya sangat berguna kepada mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)